Selamat datang ! =3

kode : Selamat Datang dan terima kasih sebab sudi terjah blog kita.one thing from me , let's pray for Gaza.They need our Doa.

layakkah aku ?

Bismillahirahmanirahim .

Assalamualaikum .

terkadang aku terfikir , 
Ya Allah , 
adakah aku cukup layak untuk dicintai ?
 adakah aku cukup layak untuk diberi layanan seperti ini ?
sungguh ! 
aku bukan gadis yang baik untuk mereka .

dulu , 
hidup aku penuh dengan maksiat , 
dulu , hidup aku ta pernah aman .
aku sering dihantui oleh rasa cemburu dan curiga dengan pasangan aku sendiri .
sering terjelopok dalam hubungan yang haram .
sering terkandas dalam mencari makna hidup .
selalu menangis kerana hati disakiti lelaki .
 

sekarang , 
aku mahu jadi diri yang baru .
bebas mengatur hidup sendiri .

Ya Allah , 
aku teramat menghargai niat mereka ,
aku hargai sangat-sangat .
terima kasih kerana memberi perasaan ini , 
tapi ,
layakkah aku untuk dimiliki ?
mereka terlalu baik ya Allah .
sedangkan aku ?
ya Allah ,
izinkan aku menangis kerana mengenang dosa ku ,
kerana sudah jauh dari rahmatmu .
ya Allah , 
aku ta mengharap untuk disukai oleh kaum Adam.
aku cuma mengharap cuma Kau yang hadir dalam hati aku .
mungkin ini dugaan yang Kau berikan dalam mujahadah ni .
terima kasih kerana mempercayai aku boleh melaluinya .

buat awak yang disana , 
kalau boleh , jika saya diizinkan meminta sesuatu yang ta masuk akal , 
saya akan mintak kat Allah supaya , 
Allah jangan kenalkan awak kat saya sekarang .
saya nak Allah temukan saya dengan awak bila tepat waktunya .
sebab , 
saya ta nak Allah tarik setiap kemanisan yang sudah kita lalui sekarang .
saya ta nak lama-kelamaan , ukhuwah kita hambar kerana dikuasai oleh nafsu .
sungguh , 
saya sedang berusaha menjaganya .
saya hargai awak tulis pasal saya kat blog awak .
seronok,
dari situ saya boleh lhat keikhlasan awak .
saya takut Allah gantikan rasa suka kepada benci .
saya takut awak kecewa sebab saya .

ya Allah , sungguh aku ta mahu ukhuwah ini terhenti .
kalau boleh , aku mahu menjadi yang halal untuknya .

jika dia jatuh , 
bangunkan ia dengan ketabahan .
jika dia lemah , 
kuatkan dia dengan keimanan .
jika dia sakit , 
sihatkan dia dengan kesabaran .
jika dia lalai , 
bimbing dia dengan HidayahMu ,

ya Allah , 
Maha Pemberi Cinta .

-jagalah Allah dalam perhubungan dengan selalu menjaga syariatnya dalam persahabatan .-