Alhamdulillah , Allah bg lagi kekuatan untuk aku menaip entry blog nie even dada terasa sakit .
ya Allah , kuatkan aku .
da dengar latest news pasal Gaza ?
sungguh menyayat hati .
malam-malam bangunan dibom .Ya Allah , kejamnya . Rakyat Gaza mahu berehat dan menenangkan fikiran mereka membuat huru-hara .
kanak-kanak Gaza mahu menenangkan hati dr sifat takut , mereka da bedil lagi .
ya Allah , mana perginya hati mereka ?
mana perginya sifat perikemanusiaan mereka ?
Rakyat Israel bertempiaran lari bila Gaza serang dorang pakai roket .
tp , langsung tidak memberi impak kemusnahan kepada negara dorang .
Sedangkan Gaza ? habis musnah mereka bedil .
ya Allah , sisa kemusnahan yang lepas pun belum selesai .
belum sempat mereka mendirikan bangunan yang baru , mereka sudah musnahkan .
Tapi , syukur . kekejaman Israel telah membuka mata penduduk dunia .
Ada negara-negara yang telah membuat tunjuk perasaan atas kekejaman Israel tuu .
And , dengar-dengar cerita , ada tawaran untuk rakyat Malaysia menyertai Misi kemanusiaan ke Gaza.
Alhamdulillah . Aku teringin nak pergi , tapi kosnya terlampau mahal .
Aku hanya mampu mengirimkan Doa dan hati aku untuk mereka di Gaza .
Tapi jugak , ayah ada cakap . Setakat protes , ta kan jd apa-apa melainkan menghantar tentera untuk berlawan dengan Israel .
then , aku hanya boleh cakap insyaAllah ayah .
sekarang , tugas kita adalah dengan berdoa .
Tidak mengapa Israel Laknatullah .
sekarang , kau boleh gelak , gembira atas kejayaan kau da bedil Gaza .
tp , kegembiraan kau ta kekal lama .
tunggu Azab Allah yang teramat pedih di Akhirat .
mungkin , kau boleh musnahkan Gaza .
tp , kau ta boleh musnahkan Islam !
Note#
jangan lupa , disetiap doa kita , kita selitkan doa untuk kebebasan Gaza .
Sedar semua , Saudara kita sedang merana disana.
*PrayForGaza*

