Selamat datang ! =3

kode : Selamat Datang dan terima kasih sebab sudi terjah blog kita.one thing from me , let's pray for Gaza.They need our Doa.

dilema , dilema dan dilema .

Bismillahirahmanirahim . 

Assalamualaikum .

haiya ! next year aku nak sekolah kat mana nie ? pindah or stay kat smk sungai manggis ?
nak pindah , tp ta nk stay kat asrama .
tp , kalau pindah nnty miss pulak suasana sekolah .

harituu , balik batu laut kejap .
g wedding adik kawan ayah .
dalam kereta ayah cakap macam nie .

dad : akak , akak apply sekolah mana tahun depan ?
me : kat SSAS ngn Setapak jewp .
dad : amek jurusan apa ?
me : jgn risau , semua berasaskan masakan .
dad : akak mohon la kat PD . kat sana ada 10 jurusan .
me : aloo , malas la nk duk asrama .
dad : ala , nnty masa ayah amek kau boleh singgah mana2 .
me : tuu jewp motif ayah?
dad : yla . boleh jalan2 kat PD .
me : kalau mcm tuu , baik kita sekolah kat terengganu ke ? perak ke ? pahang ke ?
dad : hah ! kalau jauh mcm tuu , kau balik naik bas !
me : lah pulak . td kata nk jalan2 .
ibu , adik and me : *gelak then nyanyi oppa gangnam *

haha . lawak la ayah aku nie . semata-mata jewp .
ta tahu la mcm mana nie ? sygnya nak tinggalkan family .
especially lappy .
oh my baby .

hmm ~~ 

 -miss this moment -

MAHA SUCI ALLAH !! *Wipe Tears*

Bismillahirahmanirahim =)

Assalamualaikum ya akhi , ya ukhti .

ya Allah , seronok bila terdengar-dengar seorang sahabat facebook aku mahu
mengubah diri menjadi yang baik :)
terima kasih ya Allah 
Tuhan Pemberi Petunjuk .
 
dear sahabat , 
saya baru jewp lepas baca blog awak . 
serius , saya terharu sangat-sangat .
semoga Allah  meredhai mujahadah awak .
awak nak jadi kawan kami?
sudah tentu boleh sayang .
dengan hati terbuka kami menerima .
memang lumrah dalam kehidupan .
kadang-kadang kita tersalah membuat penilaian .
mcm kawan .
kita mmg ramai kawan , 
tapi , ta semua kawan kita boleh tolong kita memperbetulkan diri , 
jadi , 
gunakan kuasa menilai , 
tafsir balik , 
adakah dia baik untuk aku ? boleh ke dia bantu aku ?
dia buat aku dekat dengan Allah ke atau semakin jauh ?
harus ada persoalan sebegini .
biarkan orang nak kata apa , 
awak memilih kawan , pilih kasih . whatever semua tuu , 
awak just fikir , ini untuk kebaikan diri aku .
 
usah dikenang masa lalu yang penuh kegelapan , 
sekarang bukan waktunya .
awak kene fikir masa depan .
jadikan masa silam sebagai tauladan .
adakah awak akan lakukan kembali dosa-dosa lama ?
 
hmm , 
jika kami boleh membantu , kami bantu .
selebihnya kita pasrah pada Allah .
Allah Maha Melihat segala-galanya .
 
 
 -ya Allah , bantulah kami dalam mujahadah ini , lindungilah kami ,-

 
 


kalian tetap dalam kenangan :")

Bismillahirahmanirahim :)

Assalamualaikum .
yesterday , last day we at SMK Sungai Manggis a.k.a sekolah bulat :)
terasa sedih pula .
hmm , ya Allah . adakah aku akan berjumpa dengan mereka lagi ?
adakah tahun depan kami akan belajar bersama-sama ?
ketawa bersama lagi ?
sungguh aku merindui saat-saat sebegitu .

hmm ,
semalam tgh duduk kat gelanggang badminton , kita main hp .
tibe2
her : mimi msg sapa tuuu ?
me : tade sape , kita tgh padam msg yang ta penting .
her : eh3 ! ada msg dr MR.D la !
me : *tutup skrin*
her : mimi da ta msg dia ke ?
me : *geleng kepala*
her : nape ?
me : saya rasa awak tahu .
her : awak betul-betul suka kat dia ?
me : kalau Allah izinkan . *senyum*
her : aku harap kau ada jodoh la ngn dia .
me : hmm , terima kasih .

dear sahabat . thanks sbb da doakan kita .
kita hny mampu berdoa, segalanya Allah yang tetntukan .


-kau ada dikala ku suka , dikala ku duka .
setiap tangisan dan juga ketawa - <3

ya Allah , lindungilah sahabat-sahabat aku .
seandainya mereka jatuh , bangunkan mereka dengan ketabahan .
seandainya mereka lemah , kuatkan mereka dengan keimanan .
seandainya mereka sakit , bantulah mereka dengan kesabaran .
seandainya mereka keliru , bimbinglah mereka dengan PetunjukMU .

-ya Allah , panjangkan la umur kami , supaya kami dapat berkumpul kembali seperti ini .
jadikan lah kami , muslimah diredhai ,


ya Allah , lindungilah mereka .

layakkah aku ?

Bismillahirahmanirahim .

Assalamualaikum .

terkadang aku terfikir , 
Ya Allah , 
adakah aku cukup layak untuk dicintai ?
 adakah aku cukup layak untuk diberi layanan seperti ini ?
sungguh ! 
aku bukan gadis yang baik untuk mereka .

dulu , 
hidup aku penuh dengan maksiat , 
dulu , hidup aku ta pernah aman .
aku sering dihantui oleh rasa cemburu dan curiga dengan pasangan aku sendiri .
sering terjelopok dalam hubungan yang haram .
sering terkandas dalam mencari makna hidup .
selalu menangis kerana hati disakiti lelaki .
 

sekarang , 
aku mahu jadi diri yang baru .
bebas mengatur hidup sendiri .

Ya Allah , 
aku teramat menghargai niat mereka ,
aku hargai sangat-sangat .
terima kasih kerana memberi perasaan ini , 
tapi ,
layakkah aku untuk dimiliki ?
mereka terlalu baik ya Allah .
sedangkan aku ?
ya Allah ,
izinkan aku menangis kerana mengenang dosa ku ,
kerana sudah jauh dari rahmatmu .
ya Allah , 
aku ta mengharap untuk disukai oleh kaum Adam.
aku cuma mengharap cuma Kau yang hadir dalam hati aku .
mungkin ini dugaan yang Kau berikan dalam mujahadah ni .
terima kasih kerana mempercayai aku boleh melaluinya .

buat awak yang disana , 
kalau boleh , jika saya diizinkan meminta sesuatu yang ta masuk akal , 
saya akan mintak kat Allah supaya , 
Allah jangan kenalkan awak kat saya sekarang .
saya nak Allah temukan saya dengan awak bila tepat waktunya .
sebab , 
saya ta nak Allah tarik setiap kemanisan yang sudah kita lalui sekarang .
saya ta nak lama-kelamaan , ukhuwah kita hambar kerana dikuasai oleh nafsu .
sungguh , 
saya sedang berusaha menjaganya .
saya hargai awak tulis pasal saya kat blog awak .
seronok,
dari situ saya boleh lhat keikhlasan awak .
saya takut Allah gantikan rasa suka kepada benci .
saya takut awak kecewa sebab saya .

ya Allah , sungguh aku ta mahu ukhuwah ini terhenti .
kalau boleh , aku mahu menjadi yang halal untuknya .

jika dia jatuh , 
bangunkan ia dengan ketabahan .
jika dia lemah , 
kuatkan dia dengan keimanan .
jika dia sakit , 
sihatkan dia dengan kesabaran .
jika dia lalai , 
bimbing dia dengan HidayahMu ,

ya Allah , 
Maha Pemberi Cinta .

-jagalah Allah dalam perhubungan dengan selalu menjaga syariatnya dalam persahabatan .-

mungkin ini yang terbaik :')

Bismillahirahmanirahim 

Assalamualaikum .

ya Allah , adakah dia kecewa kerana aku ?
adakah aku telah menyakiti hatinya ?
sampai dia unfriend aku kat Facebook ?

ya Allah , sungguh aku terasa serbasalah dengannya ya Allah .
bukan niat aku hendak menyakiti , 
tapi ini realiti .
aku ta boleh menyukai nya kerana dia menyukaiku .
terkadang , 
aku cuba menganggap dia teman sekadar sahabat .
tetapi, semakin aku melayan dia sebagai sahabat , 
dia cuba meluahkan .
maaf , aku ta selesa .

aku hargai niat kau , 
terima kasih .
tapi aku memang ta boleh .
aku ta nak suka kat kau kerana terpaksa .
aku ta nak mainkan hati kau ,
so please , faham :')

tape , aku ta kesah kalau kau benci aku smpy kau unfriend aku kat Facebook .
bagi aku , mungkin kau nakkan ketenangan .
jika kau membenciku , 
aku tidak akan membenci kau .
sbb aku da anggap kau sahabat aku .

aku bukan gadis yang baik .
selalu tersasar .
aku masih belum layak untuk dimiliki .
terlalu banyak kelemahan diri .

aku hanya mampu doakan kau , 
supaya kau jumpa muslimah yang leih baik dr aku .
yang boleh temankan hidup kau smpy akhir hayat kau .

aku minta maaf ! =(